Isnin, 17 Februari 2014

Contoh Karangan SPM -cara mengukuhkan perpaduan kaum

                                                        %%%   JAWAPAN %%%                                                                   Slogan"1 Malaysia:Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" membuktikan betapa kerajaan bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.Rakyat yang bersatu padu mampu menjana kemajuan sesebuah negara ."Bersatu teguh, bercerai kita roboh" iaitu cogan kata yang tepat menggambarkan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat.Namun,hasrat murni ini tidak dapat dicapai tanpa usaha yang gigih oleh semua pihak.
   Sebagai rakyat kita mestilah hidup saling memahami antara satu sama lain.Langkah asas untuk mewujudkan perpaduaan ialah melalui amalan kejiranan.Hari ini di kota-kota,kebanyakan petempatan didiami oleh masyarakat pelbagai kaum.Oleh itu,amalan kejiranan yang dipupuk di kawasan-kawasan perumahan tertentu mampu mewujudkan perpaduan kaum walaupun bermula dengan dengan komuniti yang kecil.Amalan seperti ziarah-mengziarahi tanpa mengira kaum dapat mengekalkan hubungan harmoni antara kaum.Misalnya,jika ada jiran yang terlantar di hospital,sewajarnya kita menziarahinya dengan membawa buah tangan.Amalan ini bukan sahaja dapat membantu meringankan beban orang yang sakit tadi walaupun derita yang ditanggungnya amat berat seperti pepatah "berat mata memamdang,berat lagi bahu memikul"namun amalan itu dapat merapatkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
  Selain itu,perpaduan dapat diperkukuh apabila kita salaing memahami kebudayaan sesuatu bangsa tanpa sebarang prejudis terhadapnya.Pemupukan kebudayaan kebangsaan dengan menyerap elemen budaya bangsa lain sememangnya dapat menbentuk rasa saling menghormati antara kaum di Malaysia.Persembahan kebudayaan pelbagai kaum wajar dimulakan di peringkat sekolah rendah hinggan ke institusi pengajian tinggi.Penerapan amalan ini dapat dipraktikkan melalui kegiatan kokurikum di sekolah.Secara tidak langsung kanak-kanak peringkat sekolah rendah dapat memahami kebudayaan bangsa lain.Pendedahan seperti ini mampu membina keutuhan perpaduan kaum terutamanya apabila wujudnya pemahaman tentang budaya bangsa lain sejak peringkat awal lagi.
   Trend menyambut perayaan sesuatu kaum secara besar-besaran turut menyumbang kepada perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.Perjumpaan rakyat pelbagai kaum pada musim perayaan melahirkan kemesraan sesama mereka.Selain untuk mengenali hati budi masing-masing,amalan seperti ini menimbulakan semangat muhibbah dalam kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum dan darjat.Oleh itu,amalan seperti ini wajar juga disemarakkan di peringkat individu dan penganut pelbagai agama di negara ini.Jika sebelum ini acara rumah terbuka banyak dianjurkan oleh orang Islam,maka penganut lain juga perlu mengadakan rumah terbuka untuk memupuk pemahaman kaum lain tentang budaya mereka.
     Kesimpulannya,usaha-usaha untuk melahirkan perpaduan dalam kalanagan rakyat tidak dapat dijelmakan tanpa kerjasam semua pihak.Oleh sebab itu,perkara asas yang perlu dipupuk ialah kesedaran dalam kalangan rakyat tentang pentingnya perpaduan itu disemai dalam jiwa mereka.

Rabu, 4 Disember 2013

6 FAKTA MENGENAI JAM

Jam mempunyai pelbagai  jenis jenama,bentuk,saiz dan kegunaannya mengikut kesesuaian si pamakainya.Jam merupakan alat yang diperlukan untuk melihat waktu pada hari tersebut.Tahukah anda bahawa jam telah sekian lama wujud .Pada era kemodenan ini jam telah diubah mengikut arus kemodenan teknologinya. Antara Fakta menarik mengenai jam ialah:                
                                                    
1.Alat untuk mengetahui masa yang dijumpai oleh orang Mesir sekitar 1500 tahun dahulu yang dikenali sebagai Sundials iaitu satu bayang-bayang yang jatuh merentasi satu kawasan.            

2.Jam telah wujud semasa pemerintahan Tudor pada abad ke-16.Walaubagaimanapun,jam ketika itu sangat besar mereka memakainya di leher manakala jam poket paling terkenal seperti kelihatan pada potret Raja Henry VIIII.

3.Jam Omega Speedmaster adalah jam yang digunakan oleh kedua dua angkasawan Amerika dan Russia ketika misi ke bulan pada 1975.

4.Jam breitling adalah jam popular dalam kalangan selebriti Hollywood dan usahawan berjaya seperti Sir Richard Branson dan Sir Alan Sugar.Daniel Draig memakai jam Omega untuk filem James Bond,Sean Connery menggunakan Rolex juga untuk James Bond manakala Matt Damon mengenakan jam TAG Heuer untuk filem Bourne Ultimatum.

5.Hitam adalah warna jam yang paling banyak digunakan serta dipilih sepanjang hayat dan amat disukai tidak kira lelaki mahupun wanita.

6.Kebanyakan jam yang dijual akan menunjukkan pukul 10.00 kerana memberi gambaran 'happy time' atau muka senyum.

Jumaat, 26 Julai 2013

Dosa-Dosa Presiden Mesir DR. Muhammad Mursi - Aik.My

Dosa-Dosa Presiden Mesir DR. Muhammad Mursi


Mohammed Morsi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, mengapa kalangan liberal sangat kuat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi? Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Mursi. Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar adanya. Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi digoyang.
Berikut tulisan lengkapnya:
Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh mengantarkan Mesir dalam setahun ke arah kemajuan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampai 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.
Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.
Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak 200% lebih, sementara harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.
Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.
Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.
Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasai enaknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.
Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kebankrapan.
Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.
Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan perlukan bertahun-tahun untuk melakukan itu.
Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang dipandang dunia.
Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.
Dosa Mursi adalah kerana dia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.
Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.
Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan minions.
Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya.
Dan banyak lagi ‘dosa-dosanya’ yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan lawan politik, terutama Amerika dan Israel jadi marah.
Kerana ‘dosa-dosa’ itulah maka Mursi akan digulingkan oleh sisa-sisa pengikut Mubarak, liberas, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta syiah. Mereka memandang Mursi sudah gagal mengantarkan Mesir ke arah kehancuran.
Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.

Khamis, 11 Julai 2013

SALAM RAMADHAN 2013/1434H

ASSALAMUALAIKUM. Kepada semua umat islam selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak 1434H/2013.Di bulan mulia ini marilah kita memperbanyakkan amal ibadat kita kepada ALLAH.Amalan yang boleh kita lakukan adalah solat sunat terawih di masjid,surau mahupun di rumah rebutlah peluang mencari ganjaran yang Allah berikan yang berlipat ganda.Jangan sibut menbuat kuih raya pada malam hari sibutkan diri kita dengan mencari malam yang istimewa iaitu malam LAILATUQADAR.Malam tersebut hanya berada 10 terakhir Ramadhan.Marilah kita perbanyakan amal ibadat sunat di bula mulia ini bahkan jangan kita meninggalkan perkara yang wajid.jom layan video uai dulu..